Fakta ini dipetik daripada laman web :

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601080&sid=azEwo3AUV31w&refer=asia

Sila rujuk laman web tersebut sebelum membaca kandungan yang seterusnya. Harap maklum.

nah, sekarang ni kadar inflasi negara semakin meningkat. Mengapa? Ini semua kerana kenaikan harga minyak yang mendadak seterusnya membebankan cara hidup rakyat. Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Shahrir Abdul samad menjangkakan kadar inflasi akan berada di atas paras 7 % sepanjang bulan ini. Perkara ini sudah tentu akan menyusahkan lagi cara hidup rakyat Malaysia. Mengapa perkara seumpama ini berlaku? Sebagaimana yang diterangkan oleh DSAI dalam Debat yang lalu, Standby capacity TNb terlalu banyak, antara yang tertinggi di dunia, menyebabkan IPP sebuah badan bebas mengaut keuntungan dengan mudah. Butakah kerajaan Malaysia? Cetellah pemikiran mereka? Menagap tidak mereka berfikir seperti DSAi untuk mecari jalan mengurangkan beban hidup rakyat?

Melalui petikan daripada laman web tersebut, aku sedikit bingung dengan apa yang dikatakan oleh Shabery dalam program debat tersebut. Harga minyak kita tinggi, tapi inflasi kita rendah. Ya, inflasi kita memang rendah walaupn sekarang ni sudah menceca 7.7% jika dibandingkan dengan Venezuela dan Iran. Tapi kenaikan yang mendadak daripada bawah 3.5% ke 7.7% menunujukkan bahawa kadar inflasi ini berada diluar kawalan. Kenaikan yang menggila. ini sudah tentu akan memburukkan lagi keadaan ekonomi negara. Pun begitu, masih lagi mereka mahu mambazirkan wang rakyat terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutunya. Memang betul Kerajaan Terengganu berhak membeli Mercs kerana duit tersebut adalah duit kerajaan negeri. Dan sepatutunya Pak Lah tak boleh nak bising la. Tapi mengapa tidak digunakan duit tersebut untuk membantu rakyat TErengganu yang mana masih ada lagi yang tinggal di dalam rumah yang serba daif? Kerajaan pusat pun sama, Masjid Kristal yang menelan belanja jutaan ringgit pun membazir juga. Aku bukan tidak suka diorang membina masjid, aku menyokong, tapi tidak perlu rasanya menelan belanja yang terlalu besar. Nah, sekarang ini Mat Said suruh BPR siasat sekali mengenai projek masjid tersebut. Adakah pekong Bee End akan terbuka selepas ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Aku sedang menghitung hari menunggu tanggal 16 September ini. InsyaAllah kerajaan baru akan dibentuk dan akan menggantikan kerajaan ataupn rejim Bee End yang sudah 50 tahun mentadbir negara. Rasanya sudah tiba masanya untuk kita diperintah di bawah kerajaan yang baru yang lebih telus daripada kerajaan sekarang. Jom kita countdown sama-sama. 51 Hari lagi untuk perubahan dan REformasi yang sebenar. Jangan hanya menanti, berikan sokongan sepenuhnya! Reformasi!!!

Selepas selesai sahaja Debat antara DSAI dan Shabery semalam, aku tersenyum puas tetapi hati aku berasa sedikit sedih. Aku puas kerana DSAI berjaya menyampaikan buah fikirannya untuk mengurangkan beban rakyat. Aku puas bila aku melihat DSAI membidas sindiran-sindiran Shabery dengan mudah. Tapi, aku sedih mengenangkan serangan-serangan peribadi yang dilakukan oleh Shabery terhadap DSAI. Secara neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak, serangan seperti itu boleh lagi diterima pada kali pertamanya. Namun begitu, apabila serangan tersebut sering diulangi, penonton mula menjadi bosan dan Shabery mula dilihat seperti seorang Pak Menteri yang ketandusan idea. Seorang Pak Menteri yang membidas cara pendekatan yang populis akhirnya menggunakan pendekatan tersebut setelah kekeringan idea. Shabery oh shabery..

Bagaimana seorang yang bergelar Menteri PENERANGAN boleh ketandusan idea untuk mempertahankan polisi negara. Seorang wakil rakyat yang dipilih kelihatan seperti seorang kanak-kanak sedang bercerita mengenai sejarah silam. Mengapa perlu diungkit kesalahan-kesalahan yang lepas apabila masa yang diberikan untuk berdebat adalah singkat? Kenapa tidak terus sahaja dengan hujah-hujah mempertahankan polisi negara? Sengaja mahu berkempen atau ketandusan idea. Atau bodohkah kamu?

Seperkara lagi, DSAI mengatakan bahawa beliau ingin mengambil sedikit wang daripada IPP, bukannya daripada Petronas. Kenapa susah sangat Pak Menteri ni nak faham? VC nya pun sama sahaja. 2×5.. Haih~ Ni semua sebab sudah tak ada idea untuk membantah la ni, diputar belitkan kenyataan seperti mana yang dilakukan oleh akhbar-akhbar dan TV3suku. Mengarut…

Masuk cerita Pak Turut. Disiarkan di dada-dada akhbar pada hari ini mengarahkan DSAI untuk hadir ke Balai Polis pada jam 2 p.m. Apa yang mengejutkan satu Malaysia adalah, DSAI telah ditangkap lebih kurang jam 1 p.m. Apa ini ? Apa sudah jadi dengan tempoh yang diberikan? Ya, benar DSAI tidak terus ke IPK KL setelah kembali dari Putrajaya. Beliau bersama rombonganya berhasrat untuk balik ke Segambut dulu untuk membersihkan diri (mandi dan sebagainya) dahulu sebelum ke IPK. Namun begitu, Pihak Polis yang cepat melatah ini terus menahan kereta DSAI sebelum beliau sempat tiba di rumah atas alasan, mereka takut jika DSAI tidak hadir ke IPK pada jam 2p.m. WTF? Kau polis, kau ada kuasa, kau tunggu sahajalah sampai pukul 2. Kalau da pukul 2 tapi DSAI tidak hadir, kau datanglah rumah beliau dan tangkap beliau. Yang itu boleh diterima rakyat. Ini tidak, kau tahan beliau di tengah jalan, kau baak konvoi ramai-ramai sebab nak tangkap DSAI seorang sahaja. Dengan unit tindakan khasnya, dengan yang bertopeng dan bersenjatanya. Apa yang kau takut sangat dengan DSAI? Senjata pn beliau tidak ada. Mengapa perlu bertindak ganas apabila orang-orang kau lebih ramai daripada DSAI dan peguamnya. Teruk! Penakut!

Sekarang DSAI dibebaskan. Aku berasa lega mendapat berita ini. Beliau selamat. Syukur. Tapi beliau diarahkan untuk hadir semula pada 18 hari bulan. Mengapa perlu diarahkan DSAI untuk hadir ke IPK memberi laporan, tetapi (walaupun berlainan organisasi tetapi prosedurnya tetap sama) Najib Dan isteri menerima kunjungan pegawai BPR di rumah untuk diambil kenyataan? Adilkah namanya? Di mana keadilan? Mengapa masih ada lagi penyokong-penyokon Bee End yang tidak nampak lagi ketidak adilan yang ditunjukkan oleh Bee End? Think out of da box la,bro.. Broaden ur mind.. Ur government tell lies, un-democracy, corrupt and “sleepy”, but still, u worship them, say that they’re good leader, they defend ur right. Haih~ They aren’t defendin it, they’re juz makin their family richer and richer, in any possible way. Corrupt is juz like a child game for them. They aren’t afraid of sins. They dun care about the after life, they only care about today, money and etc..

C’mon guyz.. Ayuh rakan-rakan.. Jangan dibiarkan bajingan=bajingan Bee End ini merosakan negara kita. Bangkitlah! Berjuanglah! JIKA TAKUTKAN RISIKO, JANGAN BINCANG MENGENAI PERJUANGAN!! Setiap perkara ada risikonya, so, face it!!

Hah.. Sekarang ni bukan main hangat lagi kancah politik Malaysia ni. Si tua mongol asyik nak menepis. Si musang pula batalkan sidang media. Pak Cik Tua (rujuk post sblm ni) pula, tenang membongkar satu persatu rahsia. Pak Tidur pula, no komen katanya. Pak Mus kate tak takut dengan polis report. Membalas dengan polis report pun dia tak nak. Biarkan saja mereka siasat, katanya. Dulu aku hanya pegawai penyiasat, sekarang ini aku lagi berkuasa, mungkin itu kata hati busuknya. Si PI sudah mula mengorak langkah membantu menegakkan keadilan. Kita tunggu dan lihat macam mana si tua mongol nak menepis kali ini. Menepis atau ditepis? hahaha…

Ahli-ahli AIC semakin berkobar-kobar. Satu persatu bulu ayam pada si Musang akan dicarik sehingga togel dan akan menampakkan dirinya yang sebenar. Anak-anak ayamnya pula akan diligan sampai lelah dan akhirnya disembelih buat gulai.. atau mungkin dibuang begitu sahaja kerana tidak mungkin ada yang lalu untuk menjamu ayam-ayam ini.. Cacing-cacing bersepah di dalam tubuhnya.. Tak ada yang mahunya.. Jijik, busuk lagi hina… Duri dalam daging ini perlu dihapuskan dengan segera. Jika dibiar, semakin parah jadinya. Sakit!!

Aku tertarik dengan petikan dari sebuah blog yang baru sahaja ku tatap. Menarik! Ku ambil sedikit isi kandungannya yang berkaitan dengan telatah kita semua. Kebanyakannya melatah dan tidak keruan apabila Kisah Si Musang dan Pak Cik Tua ke udara dalam berita TV 3suku. Riuh-rendah jadinya. Ada juga yang seakan berputus asa dan terkesima tanpa sebarang bicara. Tenang rakan-rakan. Jangan melatah sebaik dicucuk. Tenangkan hati dan fikiran, baru boleh berfikir secara rasional. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Bukti kita ada, semua ini pembohongan belaka. Sudah tiba masanya kita menukar strategi daripada menahan kepada menyerang. Buang jauh perasaan takut, kenangkan penganiayaan dan fitnah yang dilemparkan. Nescaya, anda akan bersemangat menentang kezaliman dan ketidakadilan.

Niatku untuk menyertai perarakan pada hari ahad ini tidak kesampaian. Sedih tp akur. Ditugaskan ke terengganu untuk menyiapkan sedikit kerja. InsyaAllah akan pulang semula pada hari Sabtu. Kepada rakan-rakan yang mempunyai kelapangan masa, bersama-samalah menyertai perarakan ini. Berikut adalah butir-butir yang berkait dengan perarakan tersebut:

  • 9.00 pagi
  • Stadium Kelana Jaya
  • Tema : Merah
29 Jun, kita semua dikejutkan dengan berita mengenai laporan polis yang dikeluarkan terhadap DSAI. Tuduhannya? Saya pasti anda semua sudah sedia maklum. Binatang mana yang membuat laporan polis tersebut? Di sini, saya akan memaklumkan sedikit sebanyak maklumat mengenai jalan hidup binatang yang bernama Saiful Bukhari Azlan a.k.a Si Musang.

Si Musang ini merupakan bekas pelajar UNITEN yang gagal menamatkan pelajarannya. Sewaktu masih lagi mendiami UNITEN, Si Musang ini pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Progam Bakti Siswa Kemerdekaan 2006. Pun begitu, acara ini hanya diadakan sekali setiap tahun. Tidak berpuas hati dengan publisiti yang diterima, Si Musang ini kemudiannya bertanding dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Si Musang hanya mampu menjadi Timbalan Presiden sungguhpun jawatan Presiden yang ingin dimilkinya.

Si Musang kemudiannya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Apa yang menghairankan adalah, kebiasaannya, Presiden yang akan menghadiri seminar tersebut dan bukannya seorang Timbala Presiden. Sekembalinya dari Filipina, maka bermulalah episod “Kegemilangan Si Musang” ini. Portfolio sebagai seorang Timbalan Presiden, nyata tidak memberi kepuasan kepada Si Musang untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Sungguhpun Si Musang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai salah seoang wakil suara mahasiswa UNITEN. Lebuh teruk lagi, tanggungjawabnya sebagai mahasisiwa sendiri turut diabaikan. Namun begitu, Si Musang yang berbulu ayam ini sering kali dilihat di beberapa IPTA lain bagi menghadiri majlis yang membincangkan nasib mahasiswa Malaysia di masa hadapan. Bagaimana Si Musang boleh menghadiri majlis seumpama ini, sedangkan Si Musang mengabaikan taggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN?

Si Musang juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Hanya mahu bertanggungjawab terhadap program yang mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Hari ini, impiannya untuk mendapat liputan meluas seantero Malaysia telah tercapai setelah Si musang membuat aduan polis menyatakan bahawa Si Musang yang masih muda dan bertenaga(23 tahun), telah diliwat oleh seorang pak cik tua yang berumur 60 tahun.. Kelihatan seperti pak cik tua ini sungguh gagah hingga Si Musang ini idak dapat untuk berbuat apa-apa terhadapnya. Lihat sahaja gambar terbaru pak cik tua ini, sedikit kecederaan pun tidak dialaminya. Ini bermakna, Si Musang ini sangat lemah sehingga tidak mampu untuk mempertahankan dirinya. Relevan!! hohoho… Sangat relevan!!

Si Musang ini mula terlibat secara langusng dalam PKR apabila Si Musang ini, kononnya ingin membantu pak cik tua tersebut dalam kempen PRU12. Si Musang kononnya ikhlas ingin membantu pak cik tua ini secara sukarela. Kehadirannya tidak disenangi oleh beberapa ahli2 tertinggi AIC. Telah didug bahaa kehadiran Si Musang ini membawa bahana dalam kancah politik Pak cik tua ini. Kasihan keluarga Si Musang. Kasihan orang tuanya. Si Musang sanggup menggadai maruah demi apa? Wang? Publisiti? Duniawi?

Kononnya ingin menggali lubang kubur Pak Cik tua ini, akan tetapi kubur sendiri turut digali. Bersedialah Si Musang!! Kelancangan kau akan dibalas dengan ketangkasan pencak anak muda AIC!! Mampukah engkau berdepan dengan doa-doa kami? Mampukah engkau berdepan dengan doa pak cik tua yang teraniaya? Aku amat berharap ko menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan kau. Benar kata sahabatku, maaf sahaja tidak mencukupi. Ko layak untuk dimalukan di khalayak ramai. Si musang yang munafik..

Saya tidak berniat untuk menulis banyak dalam post saya yang pertama ini. Tuan-tuan tentu sudah dapat menjangka apa yang akan saya perkatakan dalam post saya ini.  Bermula 5 Jun lalu, harga minyak telah dinaikkan sebanyak 78 sen. Satu kadar yang bagi saya terlalu tinggi dan menggila. Pada malam 6 Jun yang lalu, saya bergegas keluar untuk mengisi tangki minyak van kepunyaan bapa saya. Malang sekali, stesen minyak telah pun ditutup keerana mereka kehabisan minyak. Penantian saya selama kurang lebih satu jam hanya sia-sia. Nah, sekatang kita lihat betapa kenaikan harga minyak ini menyusahkan rakyat semua. Bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa rakyat mampu menampung kenaikan harga minyak ini, apabila hampir kesemua rakyat keluar pada malam sebelum hari kenaikan minyak bermula untuk mengisi minyak.

Sekarang mari kita sama-sama meliihat perbandingan harga minyak diantara Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak yang lain. Adakah harga minyak Malaysia yang paling rendah?

  • UAE– RM1.19/litre
  • Eygpt– RM1.03/litre
  • Bahrain– RM0.87/litre
  • Qatar– RM0.68/litre
  • Kuwait– RM0.67/litre
  • Saudi Arabia– RM0.38/litre
  • Iran– RM0.35/litre
  • Nigeria– RM0.32/litre
  • Turkmenistan– RM0.25/litre
  • Venezuela– RM0.16/litre
  • MALAYSIA– RM2.70/litre

Nah, bandingkan la harga minyak antara negara-negara ini. Dan fikir-fikirkanlah mengapa harga minyak Malaysia begitu tinggi.

Sekian.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.